Misteri Segitiga Bermuda
Sebenarnya
tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga, tetapi disebabkan oleh
batas-batas daripada petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang
lebih daripada bentuk segitiga itu sendiri. Segitiga itupun hanyalah merupakan
sebuah imaginasi sahaja.
Apabila
kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak
kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda
itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San
Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika.
Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tak
mengapalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat yang seakan segitiga
bermuda ini juga terdapat di kawasan lain seperti di sebuah danau yang bernama
Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.
Daripada
pelbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang itu
didapati selalu terjadi gangguan teknikal apabila melalui kawasan berkenaan.
Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang
mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.
Tidak
cukup apabila menghuraikan seluruh peristiwa dan itu juga sebenarnya tidak
menjurus pada jalan penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai
Segitiga Bermuda dibuat. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera
yang berupa “lubang di langit”. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk
ke dalamnya serta hilang tanpa dapat dikesan. Daripada misteri "Lubang di
Langit" ini ia telah pula membentuk sebuah lagi teori tentang adanya
seakan perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit
tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek.
Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Ramai orang sering mengaitkan kehilangan
sesebuah pesawat dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya memperbanyakkan
lagi persoalan tanpa ada sebarang jawapannya.
Terdapat
sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah
Lautan”. Lidah Lautan ini mempunyai jurang bawah laut (canyon) di Bahama.
Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang
mengaitkankan juga dengan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya.
Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS,
pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah
arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan wujudnya gelombang lautan di
situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.
Kononnya
di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole iaitu seakan sebuah gua lautan.
Dahulu gua ini sememangnya sungguh wujud, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua
ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering terjadi pusaran yang
berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue
hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke
permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah:
Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?
Misteri
lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang
bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu terdapat banyak kapal yang
tidak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana
terhimpun kapal-kapal daripada pelbagai zaman, harta karun, mayat tulang
belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini adalah 3650 km panjang dan
lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir pula arus yang kuat sekali,
sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan
mengikut arah jam. Didasar lautnya terdapat pergunungan yang banyak dan
mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.
Segitiga
Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan Karibia
merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang aneh, seperti
cahaya-cahaya yang tidak jelas asal-usulnya, bayangan-bayangan yang menakutkan,
yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tidak jelas tapi lebih besar
daripada ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa dengan warna kulit
keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang saksi (jadi bukan halusinasi??).
“Obor-obor
raksasa” tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga
fizik. Mungkin “obor-obor raksasa” itu bukanlah binatang, melainkan pangkalan
UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya pula terdapat di
pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan. Lautan
itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh anak
kapal pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu
mempunyai garisan tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuh
daripadanya. Mungkin itu adalah percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain?
Tetapi pihak Amerika tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di
sana adalah ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam
nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal
selam itu ribuan km dari sana.
Ada sebuah
kawasan di perairan Boca Raton yang di sana terdapat sebuah paip yang bergaris
tengah 20cm. Ia jelas bukan milik Amerik. Peristiwa ini dilihat oleh pasangan
suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka terlihat sebuah tiang asap disana, dan
ketika itu kelihatan sebuah paip muncul dari dasar laut yang mengeluarkan asap.
Asap tersebut tidak mengeluarkan bau dan ianya berwarna kekuning-kuningan.
Mungkinkah paip itu disambungkan dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO
di dasar lautkah yang menyebabkannya?
Apatah
laut itu sebenarnya cukup dalam, sehingga mereka tidak berani menyelam untuk
melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami kerosakan
engin dan berusaha mendarat cemas di laut.
Melihat
kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah pelbagai teori yang
mungkin bercanggah di antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah
dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan kapal serta pasawat di situ ialah:
Adanya
bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut.
Adanya
bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehinggakan
mungkin sahaja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan
pusaran air.
Ditemuinya
Blue Hole, tapi masih diragukan, kerana kapal yang besar seperti tanker/kapal
induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole.
Terjadi
gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut
segala objek ke dalamnya.
Adanya
puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat
terbang kerana terhempas.
Ulasan
lain, di daerah Kutub Selatan terdapat sebuah lubang besar yang menghubungkan
dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama
Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah
darat menghijau dengan danau yang tidak membeku dan binatang liar mirip bison
dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai seorang ilmuan, Bryd
melaporkan peristiwa itu, tetapi tiada seorangpun yang mempercayainya.
Pernahkah
anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer yang
mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub
di bumi? Mungkinkah tempat itu merupakan pangkalan UFO yang bertujuan jahat?
Apakah
pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke
dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah hubungan
dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga
Bermuda)? Dan yang unik sekali adalah segitiga bermuda cukup berdekatan dengan
tempat pelancaran roket NASA ke angkasa (Florida).
Cerit-cerita
berkaitan Segitiga Bermuda sebenarnya banyak yang telah disensasikan
seolah-olah tiada sebuah kapal pun yang melalui di kawasan itu. Namun
hakikatnya kawasan itu juga sebenarnya adalah antara laluan utama kapal-kapal
laut dan udara. Kes-kes aneh bukanlah terjadi setiap kali terdapat kapal
melalui kawasan berkenaan. Maka tidak hairanlah jika terdapat tokok tambah
cerita yang memperlihatkan seolah-olah wilayah itu sangat misteri dan ditakuti.
Sama²lah terus mengkaji untuk mengetahui kebenaran sebenarnya berkenaan Misteri
Segitiga Bermuda ini.
Wallahualam.
Tamat.